Mungkin kita kerap kali dengar dialog seperti ini
“tak pe la, esok-esok aku bertaubat la”
“ala.. kita masih muda lagi, nanti dah tua aku beramal la”
“rilek la, hidup Cuma sekali, so… kita enjoy”
“ ala bro, bende nie kecik je, nanti ak bertaubat la”
“ xpe sis, nanti esok
saya berubah la”
Terlalu banyak kata-kata macam ini yang pernah kita dengar
Dan kadang-kadang, pernah terkeluar dari mulut yang menulis
ini juga..
Tp sebagai peringatan bersama..
Jika anak pokok yang tumbuh meliar didalam kebun kita, dan
kita tidak mencabut ia serta merta, nescaya pokok itu akan semakin membesar dan
semakin susah bagi kita untuk mencabut pokok tesebut. Ini adalah kerana, anak
pokok itu akan terus memacakkan akar-akarnya terus kedalam bumi dan semakin
hari semakin kuat mencengkam kedalam perut bumi.
Oleh itu samalah juga dengan kita, jika kita melazimi dengan
melakukan dosa kecil setiap masa dan tidak terus bertaubat, maka dosa-dosa itu
akan terus berkumpul dan membentuk satu gumpalan hitam di hati, yang mana akan
menyebabkan kita semakin susah untuk bertaubat ini adalah kerana kita kan
merasakan benda itu akan menjadi tak salah kerana kita telah terbiasa
melakukannya dan seterusnya akan menatijahkan kita semakin jauh dari rahmat dan
pengampunanNya. Dan kita mesti ingat disini, walaupun Allah mempunyai sifat
Ar-Rahman, Ar-Rahim tetapi kita mesti ingat yang Allah juga bersifat dengan
Al-Jabbar, Al-Aziz dan bermacam lagi..
berbahagialah wahai hamba-hamba yang menyegerakan taubat
kerana Syeikh Ramadhan Al-Buti ada membahagikan golongan yang berdosa itu
kepada 2 golongan atau bahagian iaitu:
1. Golongan yang kalah dalam peperangan melawan nafsu tetapi
mereka tidak berniat untuk melakukannya. Insya’Allah Rahmat dan Pengampunan
Allah ada untuk golongan ini.
2. Golongan yang sombong. Contohnya ialah firaun,musailamah
al-kazzab dan segolongan dengan mereka. Nescaya tiada Rahmat dan Pengampunan
untuk golongan ini.
Oleh itu wahai sahabat, ayuh kita bersama-sama menyegerakan
taubat. Walaupun kita tidak mampu untuk solat taubat pada pagi hari atau waktu
lain, tapi cubalah untuk basahkan lidah kita dengan zikir-zikir yang memohon
keampunanNya.
Cubalah untuk bertaubat atau berubah semasa kita terfikir
idea tersebut kerana itu adalah yang terbaik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan