Sabtu, 26 September 2015

Sikap Bos

Sesetengah orang, apabila  menjadi bos, dia merasakan dia sangat layak dan mula merasakan semua orang bawahan  tidak akan dapat mengatasi kecerdikan nya. Mungkin ada beberapa perkara tertentu bos lebih bijak untuk menentukan sesuatu keputusan tetapi sekali-sekala bos perlu juga menghayati pandangan orang bawahan yang mungkin bercanggah dengan apa yang ingin putuskan. Berilah masa dan ruang untuk kita melihat sama ada keputusan yang dicadangkan oleh orang bawahan itu ada bersifat produktif atau tidak.
Justeru, mengambil idea orang bawahan sekali sekala akan memberi suntikan semangat kepada staf-staf untuk bekerja lebih kuat. Jangan takut kita disaingi kerana ular yang berbisa tidak akan hilang bisanya dek kerana menyusur akar.
Bos yang bijak akan mengolah semua idea yang dibentangkan menjadi suatu hasil yang sangat berkesan dan nyata. Bos itu sendiri tugasnya memfokuskan organisasi yang dipimpinnya tanpa mengira siapa yang mencetuskan idea untuk kejayaan itu. Tugas Bos adalah untuk memandu kapal yang diketuainya ke destinasi yang tertentu dan mengekalkan semua prestasi.
Bos yang berjaya tidak cerewet. Kalau semua staf tidak kena di matanya bermakna dia merasakan dirinya sahaja yang betul. Sikap ini akan menutup perkembangan idea dan sangat negatif untuk menjayakan sesuatu. Mungkin sikap cerewetnya berjaya di dalam keluarganya tetapi besar kemungkinan mustahil membuatkan organisasinya berjaya kerana di dalamnya ada pelbagai fahaman dan pandangan. Maka keluarkan dari sikap pentingkan diri sendiri kepada sikap lebih terbuka. Kalau kita terlalu menggunakan kuasa dan wang ringgit untuk berjaya, kita akan gagal apabila semua itu tidak ada tetapi jika sikap lemah lembut, kesedaran sivik, ukhwah antara staf, bekerja bersama-sama, tawadduk dan bertoleransi, insya-Allah staf akan sehidup semati dengan kejatuhan atau kebangkitan organisasi yang dipimpin.
Yang pasti, apabila organisasi menempa kejayaan, Bos tidak boleh mendabik dada dan berkata, “ini adalah kerana aku ada di sini...”
Sepatutnya kata-kata bos yang bijak akan berbunyi, “ ini adalah kejayaan kita semua di dalam organisasi ini, tahniah semua.”

Sudah hampir selesai???

Perjuangan bertahun di medan perang yang dikelilingi semuanya seakan musuh. Perlu ada ketabahan dengan berjuta persaingan dan pengkhianatan. Namun, ianya hampir selesai. Tidak lagi dipandang pada paras pengkhianat itu. Tidak lagi bersaing untuk sesuatu kemenangan. Tetapi ianya juga hanya terhenti seketika dan bila satu panggilan perang bergema, tiada kata tidak kerana ianya menentukan kita dimana. Sudah hampir selesai???

Khamis, 16 April 2015

Setia Pada Wang

Manusia tidak lari dari menginginkan wang. Namun tidak semua begitu. Boleh dikatakan wang adalah penting dalam kehidupan dunia saat ini. Mungkin lebih penting dari nyawa seorang insan. Mungkin juga lebih berharga dari maruah manusia. Memang begitupun sekarang ini. Kerana wang, manusia sanggup lakukan apa saja. Setakat bunuh membunuh, rompak merompak, samun menyamun itu biasa saja pada zaman sekarang. Tapi tampilnya saya di sini untuk memberi sedikit pendapat peribadi tentang wang dengan cinta.

Kebanyakkan drama melayu sekarang kini banyak mengaitkan cerita pencintaan kerana wang dan pangkat. Namun bukan di dalam drama saja, juga di dunia realiti ini. Siapa yang hendakkan menantu yang tidak berduit dan tidak mempunyai pekerjaan. Tanya Ustazah pun , dia nak orang berduit. Bagi pendapat saya, wang memang satu kepentingan dalam kehidupan. "Wang bukan segalanya laaa" . Itu kata orang yang tak ada masa depan. Saya bukannya mengatakan bahawa kita perlu mengejar wang semata-mata, tetapi wang itu perlu. Sikit atau banyak iru tak penting. Jadi, wang adalah penting dalam kehidupan.