Sabtu, 26 September 2015

Sikap Bos

Sesetengah orang, apabila  menjadi bos, dia merasakan dia sangat layak dan mula merasakan semua orang bawahan  tidak akan dapat mengatasi kecerdikan nya. Mungkin ada beberapa perkara tertentu bos lebih bijak untuk menentukan sesuatu keputusan tetapi sekali-sekala bos perlu juga menghayati pandangan orang bawahan yang mungkin bercanggah dengan apa yang ingin putuskan. Berilah masa dan ruang untuk kita melihat sama ada keputusan yang dicadangkan oleh orang bawahan itu ada bersifat produktif atau tidak.
Justeru, mengambil idea orang bawahan sekali sekala akan memberi suntikan semangat kepada staf-staf untuk bekerja lebih kuat. Jangan takut kita disaingi kerana ular yang berbisa tidak akan hilang bisanya dek kerana menyusur akar.
Bos yang bijak akan mengolah semua idea yang dibentangkan menjadi suatu hasil yang sangat berkesan dan nyata. Bos itu sendiri tugasnya memfokuskan organisasi yang dipimpinnya tanpa mengira siapa yang mencetuskan idea untuk kejayaan itu. Tugas Bos adalah untuk memandu kapal yang diketuainya ke destinasi yang tertentu dan mengekalkan semua prestasi.
Bos yang berjaya tidak cerewet. Kalau semua staf tidak kena di matanya bermakna dia merasakan dirinya sahaja yang betul. Sikap ini akan menutup perkembangan idea dan sangat negatif untuk menjayakan sesuatu. Mungkin sikap cerewetnya berjaya di dalam keluarganya tetapi besar kemungkinan mustahil membuatkan organisasinya berjaya kerana di dalamnya ada pelbagai fahaman dan pandangan. Maka keluarkan dari sikap pentingkan diri sendiri kepada sikap lebih terbuka. Kalau kita terlalu menggunakan kuasa dan wang ringgit untuk berjaya, kita akan gagal apabila semua itu tidak ada tetapi jika sikap lemah lembut, kesedaran sivik, ukhwah antara staf, bekerja bersama-sama, tawadduk dan bertoleransi, insya-Allah staf akan sehidup semati dengan kejatuhan atau kebangkitan organisasi yang dipimpin.
Yang pasti, apabila organisasi menempa kejayaan, Bos tidak boleh mendabik dada dan berkata, “ini adalah kerana aku ada di sini...”
Sepatutnya kata-kata bos yang bijak akan berbunyi, “ ini adalah kejayaan kita semua di dalam organisasi ini, tahniah semua.”

Sudah hampir selesai???

Perjuangan bertahun di medan perang yang dikelilingi semuanya seakan musuh. Perlu ada ketabahan dengan berjuta persaingan dan pengkhianatan. Namun, ianya hampir selesai. Tidak lagi dipandang pada paras pengkhianat itu. Tidak lagi bersaing untuk sesuatu kemenangan. Tetapi ianya juga hanya terhenti seketika dan bila satu panggilan perang bergema, tiada kata tidak kerana ianya menentukan kita dimana. Sudah hampir selesai???

Khamis, 16 April 2015

Setia Pada Wang

Manusia tidak lari dari menginginkan wang. Namun tidak semua begitu. Boleh dikatakan wang adalah penting dalam kehidupan dunia saat ini. Mungkin lebih penting dari nyawa seorang insan. Mungkin juga lebih berharga dari maruah manusia. Memang begitupun sekarang ini. Kerana wang, manusia sanggup lakukan apa saja. Setakat bunuh membunuh, rompak merompak, samun menyamun itu biasa saja pada zaman sekarang. Tapi tampilnya saya di sini untuk memberi sedikit pendapat peribadi tentang wang dengan cinta.

Kebanyakkan drama melayu sekarang kini banyak mengaitkan cerita pencintaan kerana wang dan pangkat. Namun bukan di dalam drama saja, juga di dunia realiti ini. Siapa yang hendakkan menantu yang tidak berduit dan tidak mempunyai pekerjaan. Tanya Ustazah pun , dia nak orang berduit. Bagi pendapat saya, wang memang satu kepentingan dalam kehidupan. "Wang bukan segalanya laaa" . Itu kata orang yang tak ada masa depan. Saya bukannya mengatakan bahawa kita perlu mengejar wang semata-mata, tetapi wang itu perlu. Sikit atau banyak iru tak penting. Jadi, wang adalah penting dalam kehidupan.

Isnin, 8 Julai 2013

Kelebihan-kelebihan dan Fadhilat Solat tarawikh pada Bulan Ramadhan

 
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Jumaat, 5 Julai 2013

Renungan Aqua : Suasana Hati Menjelang Bulan Suci Ramadhan

Bismillahirohmanirahim,

وَأَن تَصُومُوا خَيْرُُ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 184)

Saudaraku yang budiman dan ana cintai karena Alloh Aza Wajal, Semoga di ahkir bulan sya’ban ini kita disampaikan beberapa hari lagi menuju bulan yang penuh berkah, yang denganya Allohu aza Wajal menghendaki kebaikan pada kaum muslimin untuk dikaruniai berlimpah berkah dan keutamaan-keutamaan dibulan tersebut

Saudaraku yang budiman, pada tulisan kali ini kita akan mengkonsentrasikan hati ini untuk merenung sejenak sambil memuja-muji Allohu Aza Wajal dengan ringanya ucapan lisan dan beratnya timbangan kalimat thoyibah( kalimat yang diajarkan Alloh) untuk memersiapkan diri ini menuju hakikat yang akan dicapai pada bulan Ramadhan yang penuh berkah tersebut, yang tidak setiap diri dikehendaki bertemu dengan bulan yang berkah ini, yang tak setiap diri bisa memahami hakikat dari bulan yang kita bahas ini, dan yang tak setiap diri merasa gembira dan merindukan bulan yang berkah ini, betapa benar sesungguhnya barang siapa yang disesatkan Alloh tiada yang bisa memahamkan apa arti keberkahan dalam bulan yang mulia ini, dan barokallohufiekum Alloh menghendaki kepada hamba yang merindukanya sebagai suatu kenikmatan yang tak bisa dirasakan oleh hati-hati para pecinta kedunyaan atau hati- hati yang lalai untuk merenung menghitung diri, atau mungkin hati-hati yang dirundung kesibukan dan kegalauan karena kecintaan selain Allohu aza Wajal.

Allohu Aza Wajal Memberi peringatan yang peringatan itu hanya bermanfaat hanya bagi kaum mukminin dan inilah kita sedang mengingatnya:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (Qs.Al Hasyr 18)

Dimana perenungan dan perhatian ini tiada bermanfaat kecuali memperhatikan sebaik baik bekal yaitu keyakinan dan amal shalih yang semua berdasar pada ketaatan kepada-Nya dan Itiba’ Kepada RosulNya, Sebagaimana Firman-Nya:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِي يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ

Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal. Albaqarah 197

Saudaraku yang budiman,

Hendaklah setiap diri merenung, dan hendaklah setiap diri menghisab, hendaklah setiap diri menimbang serta meneliti dengan kesadaran yang penuh , meneliti dengan kekhusyukan yang tak ada campur aduk dengan riuhnya gejolak jiwa karena terpaku kepada dunia yang sering menipu setiap mahkluk. akan tetapi kekusyukan yang kami maksud ini begitu gamblang bak melihat dengan penglihatan disiang bolong dengan penglihatan bashiroh bahwa Allohu aza wajal sedang mengawasi dari setiap gemuruh hati kita, dari setiap gerak lisan kita, dan dari setiap tingkah anasir tubuh kita.

Hati kita mememdam berbagai gejolak, lisan kita mengkekang dari berbagai teriak dan tubuh kita berlahan tenang dari berbagai gerak, yang kesemuanya itu karena ketaatan dan fahamnya diri ini akan kekurangan dan bangkrutnya modal untuk bekal menuju kubur kita, yang disana kita hanya berteman kain putih yang akan rusak, disana yang hanya akan tinggal dipembaringan berukuran sempit menghimpit, semua berbaring kaku tiada daya sedikitpun yang bisa menghantarkan kepada Rumah megah duniamu, Tiada daya sedikitpun untuk menghantarkan pada Mobil mewah tungganganmu, apa lagi kepada tempat tidur empukmu. Semua akan sempitkan sebagaimana amalnya dan semua akan diluaskan sebagaimana amalnya.

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,

Sampai kamu masuk ke dalam kubur,

Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui,

Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin (Qs. Attakaasur 1-5)

Saudaraku yang budiman,

Marilah kita menghitung dan terus menghitung sembari menegaskan pada jiwa dan jasmanimu untuk memahami bahwa sesungguhnya Alloh selalu mengawasi dari gerak setiap diri. maka inilah yang dijelaskan oleh para pendahulumu ( Salaf ) dengan perkataan “Muhasabah” dan Perkataan “Muroqobah” yang keduanya merupakan perwujudan dari pertanyaan Jibril tentang “Ihksan” yang tak sembarang insan bisa terkiaskan dengan pemahamanya kecuali dengan penjelasanya yang terang dari Tauladan tercinta dengan sabdanya :

قال : فأخبرني عن قالأن تعبد الله كأنك تراه , فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Beritahukan kepadaku tentang Ihsan” Rasulullah menjawab,”Engkau beribadah kepada Alloh seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihatnya, sesungguhnya Dia pasti melihatmu”

Semoga Allohu Aza Wajal menjadikan kita semua hamba yang senantiasa Muhasabah Diri dan Muroqobah disetiap perjalanan musafir dunia ini, sehingga  ketakwaan akan kita capai dengan pertolongan dari-Nya dan hakikat kebahagian kan dirasakan para pelaku ibadah dibulan ramadhan kali ini, Sbagaimana Firmanya :

فَمَنِ اتَّقَى وَأَصْلَحَ فَلاَخَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَهُمْ يَحْزَنُونَ

“Maka barangsiapa yang bertakwa dan mengadakan perbaikan, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Al-A’raf: 35)

Lawak Kisah Duka 3 Sahabat


Ada tiga orang sahabat..Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Ali: Macam mana ni… rumah kita atas sekali pulak tu?

Abu: Aduhhhh… bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?

Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje… kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.

Ali: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.

Ali: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku… bla bla bla bla bla…

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil Abu pula bercerita.

Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang… bla bla bla bla…

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih… punyalah lama si Abu bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat sajalagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk. Mamat: Alaaaaaa… korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.

Ali: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Mamat: Emmmm… mungkin hari ini dalam sejarah…

Abu: Cerita aje le… kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Mamat: Aku sedih kerana… KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA…

Khamis, 4 Julai 2013

Indahnya Alam Ini

Aku teringin nak buat rumah yang dekat dengan alam semula jadi. Jauuhhhh dari bandar, dan jauh dari teknologi.
" Biar aku hanya menikmati keindahan alam semula jadi di sana~
  Menghirup udara segar...sejuk dan nyaman...
  Memandang hutan dan pokok-pokok...seluas mana pemandangan pun
  biar hanya hijau yang mendamaikan~
  Biar aku sentuh daun-daun yang masih sejuk berembun
  di waktu paginya..
  Sambil merasakan kehangatan matahari pagi  yang sungguh selesa~ :) "
Okay dah ambil mood? Jom terapikan jiwa dan mata anda denganketenangan dalam foto keindahan alam semula jadi

 ini :


Keindahan alam memberikan kita suasana untuk berehat dari segala kesibukan. Tempat dimana kita mendapat ketenangan jiwa dan minda. Hanya bertemankan alam yang indah...kita akan kembali segar dan bertenaga. Minda kembali cerdas...Hati menjadi tenang.

Ketenangan hati penting untuk kita menetapkan pendirian, mengawal diri dan bertindak positif. Syaitan akan mudah menggoda dan menghasut jika hati tidak tenang. Hati yang tenang dan bersih akan dapat menyerlahkan keperibadian yang mulia.  Sentiasa ingat akan Allah...Berzikirlah...


Pepohon yang menghijau menyejukkan dan menyegarkan pandangan. Memberi suasana yang amat tenteram dan mendamaikan. Keindahan ciptaan Allah SWT yang sungguh mengagumkan yang bukan sahaja cantik malah sebagai sumber untuk bernafas, makanan dan kegunaan kehidupan. Ia juga ciptaan Allah SWT yang hidup namun tidak bernyawa. Ia juga tunduk kepada penciptaNya. 


Kehidupan kita di dunia ini sungguh singkat... Terlalu banyak masa hanya sibuk dengan kehidupan duniawi. Luangkan juga sedikit masa untuk beribadat. Janganlah sampai terlupa akan bekalan yang harus kita bawa untuk kita nikmati pula Keindahan di Syurga...