Malaysia sebuah negara yang sedang membangun masih banyak
bergantung kepada ekonomi dari aktiviti-aktiviti pertanian. Kedudukannya di
kawasan hutan hujan tropika menerima hujan tahunan di bawah 3000 mm setahun
yang turun lebih kurang 200 hari dalam setahun dan cahaya matahari yang
diterima di dalam lingkungan 2200 jam membolehkan banyak jenis dan varaiti tanaman
tumbuh dan mengeluarkan hasil. Banyak kawasan yang belum dibangunkan dengan
aktiviti pertanian, terutama di Sabah dan Sarawak.
Statistik cuaca merupakan satu unsur penting apabila memilih
jenis tanaman, perancangan melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan seperti
menebang, membakar, dan menanam. Kefahaman jenis tanah, kecerunan dan penilaian
kesesuaian tanah juga diperlukan. Di kawasan-kawasan yang bercerun tinggi
seperti di Sabah dan Sarawak, pengairan adalah merupakan faktor yang perlu
diambil kira berbanding dengan kawasan yang rata. Tanah-tanih yang berasid
(pH4.0 hingga 4.5) dari jenis tanah laterait yang kandungan nutriennya adalah
rendah, memerlukan pHnya ditingkatkan dengan penggunaan kapur dan tambahan baja
yang tinggi bagi memastikan kadar pengeluaran hasil yang tinggi. Kebanyakan
tanah-tanah jenis laterait (oxisol) dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil.
Kegagalan menghasilkan hasil yang produktif selalu dialami oleh pekebun-pekebun
kecil.
Terdapat 4 jenis tanaman yang kebiasaan sesuai di
kawasan-kawasan yang kesuburan yang rendah iaitu getah, kelapa, kelapa sawit,
dan koko. Tanaman -tanaman ini dijalankan dalam bentuk estet. Harga-harga
komoditi pertanian ini bergantung kepada pengeluaran sedunia dan ianya berkait
rapat dengan perubahan iklim.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
- Muka
bumi - rupa bentuk mukabumi yang pelbagai seperti tanah pamah beralun,
berbukit-bukau, tanah tinggi berlembangan.
- Jenis
Tanih - laterait, gambut, lanar sungai, dan mempunyai saliran yang baik.
- Iklim
- panas lembab (purata suhu tahunan 27 darjah Celcius, hujan tahunan 2,500
mm.
- Kepentingan
- beras sebagai makan ruji, tanaman getah, kelapa sawit, koko, dan kopi
sebagai tanaman dagangan.
- Sejarah
- penjajah yang mula membawa masuk jenis tanaman tersebut.
- Teknlogi
- penghasilan tinggi berdasarkan kepada baka dan teknik pengeluaran.
- Pasaran
- bergantung kepada permintaan tempatan dan antarabangsa.
- Keperluan
- penyumbang ekonomi negara dari segi guna tenaga dan hasil eksport
- Pertanian
Pindah
- Pertanian
Saradiri
- Pertanian
Dagang:-
- Kebun
Kecil
- Perladangan
(estet)
Pertanian Pindah
Sistem pertanian ini dikenali juga sebagai sistem Swiden.
Diamalkan oleh penduduk primitif di kawasan-kawasan pendalaman di tanah
bercerun dan berbukit bukau. Kaedah ini sesuai bagi kawasan yang lapisan tanah
'top soil' yang nipis dan biasanya tidak subur.
Kebanyakannya diusahakan oleh kaum asli di pendalaman
Semenanjung terutama di Pahang, Kelantan, dan Perak.
Di Sarawak pada 1976 kira-kira 60,463 hektar kawasan pertanian pindah atau 0.5% dari keluasan Sarawak yang melibatkan kira-kira 70.6% kaum Iban. Ciri-ciri penanaman dalam sistem ini ialah penebangan kawasan hutan, membakar, membersih, dan menanam tanaman utama seperti padi disamping tanaman makan iaitu jagung ,ubi, dan pisang. Kawasan ini akan ditinggalkan setelah 3 atau 4 tahun penanaman setelah tanah tidak lagi subur. Kemudian membuka tanah baru yang lain.
Di Sarawak pada 1976 kira-kira 60,463 hektar kawasan pertanian pindah atau 0.5% dari keluasan Sarawak yang melibatkan kira-kira 70.6% kaum Iban. Ciri-ciri penanaman dalam sistem ini ialah penebangan kawasan hutan, membakar, membersih, dan menanam tanaman utama seperti padi disamping tanaman makan iaitu jagung ,ubi, dan pisang. Kawasan ini akan ditinggalkan setelah 3 atau 4 tahun penanaman setelah tanah tidak lagi subur. Kemudian membuka tanah baru yang lain.
Satu keluarga petani memiliki kawasan tidak lebih 2.5
hektar. Hasil padi musim pertama 1,000 hingga 2,000 kg per hektar dan
berikutnya 300 hingga 400 kg per hektar.
Masalah pertanian pindah:-
- Kawasan
terdedah kepada hakisan, tanah akan kehilangan kesuburan, penimbunan
aliran berlaku, dan banjir.
- Pemusnahan
sumber-sumber hutan dan kayu yang bernilai.
Aktiviti pertanian pindah di Semenanjung , Sabah
dan Sarawak semakin berkurangan hasil dari perkembangan infrastuktur dan
pembangunan ke atas orang Asli kepada jenis pertanian kekal.
Pertanian sara diri ialah petani sendiri atau bersama ahli keluarganya mengerjakan sebidang tanah yang kecil yang ditanam dengan tanaman untuk memenuhi keperluannya dan tidak berpindah-pindah kawasan. Petani-petani yang terlibat adalah terdiri daripada masyarakat luar bandar dan pendapatan bulanan biasanya rendah. Kaedah pertanian yang diamalkan adalah cara lama, pengeluaran hasil rendah, dan lebihan hasil disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Taraf pertanian sara diri dikira lebih maju sedikit daripada pertanian pindah. Jenis tanaman yang dijalankan ialah padi huma, jagung, sayuran, dusun buah-buahan dan sedikit aktiviti penternakan seperti ayam itik, lembu, kambing dan babi.
Pada hari ini agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan
Pertanian, Pertubuhan Peladang, Agensi Pembangunan Wilayah, Pejabat Daerah
turut campur tangan dalam membantu dan membangun taraf hidup petani dalam
bentuk bantuan teknikal, benih, baja, racun serangga dan penyakit, serta
khidmat nasihat dan pemasaran.
Pertanian Dagangan
Pertanian yang dijalankan semata-mata untuk jualan bagi pasaran dalam dan luar negeri. Pertanian ini telah mula diperkenalkan oleh Kerajaan British yang menjajah negara pada akhir abad yang ke 19. Jenis-jenis tanaman adalah bersifat sejenis untuk tujuan minuman seperti kopi, teh, dan tebu, manakala untuk bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, kelapa, tembakau. Tanaman lain ialah nenas, sayuran dan bunga-bungaan. Tumpuan tanaman hanyalah di kawasan-kawasan tertentu dengan saiz tanah yang agak luas. Sistem ini memerlukan modal input yang tinggi. Terdapat 2 jenis pertanian dagangan iaitu:-
Pertanian yang dijalankan semata-mata untuk jualan bagi pasaran dalam dan luar negeri. Pertanian ini telah mula diperkenalkan oleh Kerajaan British yang menjajah negara pada akhir abad yang ke 19. Jenis-jenis tanaman adalah bersifat sejenis untuk tujuan minuman seperti kopi, teh, dan tebu, manakala untuk bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, kelapa, tembakau. Tanaman lain ialah nenas, sayuran dan bunga-bungaan. Tumpuan tanaman hanyalah di kawasan-kawasan tertentu dengan saiz tanah yang agak luas. Sistem ini memerlukan modal input yang tinggi. Terdapat 2 jenis pertanian dagangan iaitu:-
a. Pertanian Kebun Kecil
b. Pertanian Perladangan
b. Pertanian Perladangan
Jenis tanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil adalah sama
dengan sektor perladangan tetapi daya pengeluaran adalah rendah. Purata saiz
kebun adalah diantara 0.4 hingga 4 hektar. Daya pengeluaran rendah disebabkan
saiz tanah yang diusahakan tidak ekonomik, penggunaan teknologi moden agak
terhad, tanah mengalami kesan pemecahan hak milik dan sistem pengeluaran yang
tidak teratur. Kesannya ialah mutu pengeluaran yang rendah, harga pun rendah,
dan akhirnya pendapatan pekebun kecil juga rendah.
>>>Data Luas Kawasan Pekebun Kecil (perlu rujuk
menu - Data Pertanian)
Pertanian perladangan atau secara estet ini dijalankan pada
skala yang besar iaitu melebihi 100 ekar. Pengkhususan tanaman adalah
kepada satu jenis sahaja. Kos menguruskan ladang adalah tinggi dan
bersistematik iaitu secara syarikat yang mempunyai lembaga pengarah, pengurus,
penyelia ladang, dan pekerja. Sebelum 1970 sebahagian besar ladang adalah milik
pelabur asing. Kini pembukaan tanah baru diusahakan oleh FELDA, FELCRA, RISDA
dan badan swasta tempatan. Sektor perladangan berkemampuan melabur modal yang
tinggi dan menggunakan teknologi moden seperti jentera, benih yang terpilih,
baja kimia, racun, teknik-teknik yang baru, dan tenaga pakar. Ladang-ladang
berkeupayaan menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi. Pada tahun 1970
kira-kira 70% daripada 2492 buah estet dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan