Sahabat-sahabat para pembaca semua. Dalam artikel kali ini,
saya ingin berkongsi dengan anda, 10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan
Jiwa, terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram
dan tidak tenang.
Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan
penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah
yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.
1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah
seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi
jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram,
jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu,
maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran
atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan
hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana,
engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu
segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian
diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia
mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar,
hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat
yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan
harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan
jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan
orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap
orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang
yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada
orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang
dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya
kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas
kasihan daripada Allah.
3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa
bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat
orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan,
kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa
syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.
4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang
baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih
tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin
silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita.
Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan
rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan
tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang
baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri
dan sebagainya.
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah.
Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik
dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa
seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati
Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.
6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan
kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan
kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai
kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh
terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam
hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan
yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang
adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada
prinsip yang datang daripada Allah.
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah”
adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana
orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam
menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan
jiwa yang lemah.
9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai
ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa
dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami
tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban
fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”
10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu
faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan
menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah
fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat
muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan