BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat
pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di
negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu
dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp
lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti
petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…
Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri
pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia,
malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak
sekarang ni pun dah ada budu.
Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari
segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan
menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam
Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang
dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan
tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.
“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada
peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta
mempunyai nilai kosmetik.
“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan.
Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal
bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,”
terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu.
Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah,
bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara,
budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
- Kajian
pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman
mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu
memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
- Pengkaji
Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam
budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
- Satu
uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama
dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
- Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan