Isnin, 1 Julai 2013

~Mari Kenali Jenis Godaan~

Fakta ini hanyalah pandangan penulis sendiri berdasarkan pembacaan, temubual dan pengalaman. Sesaorang yang nampak warak, beriman dan berhemah tidak semestinya insan yang baik kerana banyak lagi yang boleh kita nilai berdasarkan perkara di bawah:

1.       Mata galak,memandang kiri dan kanan seolah-olah mencari sesaorang atau sesuatu, selalu curi-curi pandang kepada kita dengan renungan yang mendalam.
2.       Bila bercakap, mata bergerak-gerak atas bawah dan bibir selalu tersenyum manja.
3.       Melakukan sesuatu yang seolah-olah tidak sengaja seperti tunduk membelakangi kita sehingga tertungging jelas punggungnya,  mengangkat sesuatu sehingga nampak betis, nampak dada dan sebagainya.
4.       Bila bercakap, bibir selalu dijilat lidahnya.
5.        Undur ke belakang atau bergerak di tempat sempit sehingga terlanggar kita kononnya secara tidak sengaja, sedangkan jika tempat sempit dia tidak sepatutnya lalu atau tunggu kita berlalu.
6.       Dia akan bergerak secara perlahan-lahan atau secara tidak sengaja atau secara pergi ikut laluan yang jauh dan akhirnya sampai atau terserempak dengan kita. Kononnya dia tidak tahu kita ada di situ tetapi dia sebenarnya dah rancang awal-awal.
7.       Memberi sesuatu atau menyambut sesuatu dari kita sehingga menyentuh jari atau tangan kita. Selalunya semasa menghulur atau mengambil, matanya akan menoleh ke arah lain supaya apabila tersentuh dikira tidak sengaja sebab tak nampak.
8.       Semasa makan atau minum, cara makan dan minumnya sangat sopan dan bibirnya akan melakukan aksi yang menggoda seperti memuncungkan  atau menjilat bibir dengan cara romantik.
9.       Bercakap sambil mencuit-cuit tubuh atau pakaian kita seolah meminta perhatian kita semasa dia bercakap.
10.   Memuji keterlaluan pakaian dan rupa kita dan kadang-kadang berlagak menjadi pakar perunding imej yang sangat hebat sehingga kita rasa dia sangat bijak dan perlu kita dekatinya.
11.   Sesekali sekala dia berpura-pura mengurut peha, punggung atau mana-mana bahagian tubuhnya seolah-olah dia kepenatan atau lenguh sedangkan dia tahu kita sedang memerhatinya.
12.   Berlagak semua dia tahu apa saja yang kita tanya atau isu yang kita bualkan.
13.   Cara duduknya seolah-olah menonjolkan diri. Kalau semua orang duduk, dia akan berdiri sambil bercakap dengan mata yang menjeling-jeling ke arah kita. kalau semua orang berdiri, dia akan buat sesuatu untuk menarik perhatian seperti makan kacang, buah asam dan berdiri jauh dari orang dan ssebagainya.
14.   Jika berjalan beramai-ramai dia akan jalan di belakang sekali.
15.   Jika semua orang duduk di majlis rasmi, dia akan cari peluang duduk di tempat kerusi sebelahnya kosong atau duduk di bahagian yang ada peluang orang yang lain jantina dengannya duduk di sebelahnya.
16.   Jika ada mana-mana bahagian tubuhnya seksi, bahagian itulah yang selalu ditonjolkan semasa berpakaian.
17.   Selalu menunjukkan dirinya pemurah dan suka berbelanja atau memberi sesuatu makanan atau minuman walaupun kita bukan kenal sangat dengannya.
18.   Tidak duduk diam di satu-satu tempat. Dia akan sentiasa bergerak ke sana sini terutama di tempat orang ramai atau keadaan sibuk.
19.   Suka bercakap atau berkawan dengan lain jantina walaupun dia bukan pondan atau tomboy.
20.   Suka berpakaian yang menonjol seperti warna terang, ketat, berhias yang keterlaluan terutama bahagian bibir dan mata.


Ini adalah sebahagian. Mungkin banyak lagi cara penggoda menggoda mengikut kreativiti dan keadaan semasa. Biasanya orang yang suka menggoda bijak berfikir dan berfikiran bernas walaupun kadang-kadang ada yang berbohong atau berhujah menggunakan konsep dengar cakap.

Apa pun ini hanyalah coretan mengisi masa lapang. Jika ada yang betul jadikan ianya panduan dan jika salah jadikan ianya sempadan.
Terima kasih kerana membaca dan jika ada apa-apa yang ingin dikongsikan, sila emailkan kepada penulis.

KEHIDUPAN DI KAMPUS






Penyesuaian Diri.
Bagi setengah-setengah pelajar kehidupan di Universiti boleh membawa kebimbangan dan frustasi. Ini mungkin disebabkan adalah beberapa proses pendaftaran, atau pemilihan kursus yang sesuai atau disebabkan oleh kekurangan buku-buku dan masalah-masalah lain, dalam suasana yang baru ini. Pelajar-pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus yang agak asing bagi mereka.
Berdikari
Semasa di sekolah segala hal mengenai diri pelajar adalah merupakan tanggungjawab guru-guru, keluarga atau masyarakat sekeliling. Tetapi tanggungjawab sekarang adalah dipikul oleh diri pelajar itu sendiri misalnya ia terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. Pendekata ia terpaksa menbuat keputusan sendiri dalam semua perkara. Tetapi pada kebiasaannya, kebanyakan pelajar masih belum lagi bersedia untuk membuat keputussan sendiri dan berdikari.
Cara Mengatasi Masalah Di Kampus
Masalah di kampus bukan hanya terhad kepada masalah akademik sahaja tetapi juga meliputi masalah perhubungan sosial dengan pelajar-pelajar lain. Pertemuan antara pelajar-pelajar baru dengan pelajar-pelajar lama kadangkala menimbulkan perasaaan kebimbangan atau rasa terancam. Sebenarnya, tidak ada jalan pendek bagi menyelesaikan masalah penyesuaian diri dengan kehidupan di kampus ini. Walau bagaimanapun beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan dalan usaha mengatasi maslah tersebut bagi membantu pelajar-pelajar. Antaranya :
Anda harus tabah hatu dan berusaha sedaya upaya memahami dan menyesuaikan diri dengan suasana baru di kampus ini.
Andainya sesuatu yang baru itu boleh mendatangkan faedah yang baik maka anda hendaklah bersedia menerima perubahan baru dan mengubah kebiasaan anda yang lama.
Jangan merasa ragu-ragu untuk menemui orang-orang yang boleh membantu anda dalam memberi sebarang nasihat mengenai masalah yang anda hadapi. Misalnya anda boleh temui jawatankuasa minggu orientasi , pelajar-pelajar yang lebih senior, pensyarah-pensyarah , pengawai.
Dalam masalh penyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, anda harus banyak bersabar, bersedia bertolak ansur dan cuba memahami diri rakan anda itu.
Suatu perkara yang agak baru bagi setengah - setengah pelajar baru ialah mereka merasa kesuntukan masa. Ini disebabkan oleh berbagai aktiviti yang telah diatur sehingga masa lapang tinggal amat sedikit. Sebenarnya ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi anda ialah cuba bergerak, bekerja dan membuat sesuatu dengan pantas. Ini adalah suatu latihan dengan penggunaan masa yang baik. Anda tidak akan mampu lagi membuang-buang masa dengan sia-sia semasa berada di kampus.
Di kampus telah diaturkan berbagai-bagai kegiatan yang bukan bercorak akademik kepada semua pelajar. Sebagai pelajar baru anda tidaklah boleh mengasingkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut yang meruapakan sebahagian daripada pembelajaran di universiti. Andainya ada pelajar-pelajar yang selalu cuba mengelakkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut, ia akan hilang peluang menunjukkan bakatnya dalam masyarakat kampus.
Kumpulan pelajar di kampus adalah meruapakan sebuah masyarakat yang tersendiri. Sebagai anggota sebuah masyarakat ia harus tahu tangungjawab dan peranan dalam masyarakat tersebut, misalnya ia harus berani menerima tangungjawab tersebut. Anda harus berlatih menjadi seorang pemimpin yang jujur dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat dan penciptaNya.

Ceramah - Ustaz Don Daniyal ft Ustaz Azhar Idrus

                             
                           Banyok lagi keno cari . Bukan hal dunia jaa . Hal akhirat pom keno cari jugop .
                                                               Renung2kan lah deh :)

Pencen Baru Nak Gi Masjid


Jerebu



Apakah Itu Jerebu?
Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.
Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
  • Pembakaran terbuka
  • Pembukaan tanah
  • Penggunaan kenderaan bermotor
  • Pembakaran bahan api industri
Jerebu di Malaysia
Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun  barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:
  • Tempoh cuaca kering yang panjang
  • Keadaan atmosfera yang stabil
  • Sumber pencemaran yang pelbagai

Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
  • Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
  • Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
  • Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
  • Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
  • Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
 Adakah Jerebu Berbahaya?
Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.

SELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

 
Keistimewaan berselawat.
1.     Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2.     Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3.     Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4.     Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5.     Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6.     Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7.     Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8.     Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9.     Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10.   Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11.   Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12.   Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13.   Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14.   Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15.   Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16.   Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17.   Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18.   Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19.   Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20.   Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21.   Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22.   Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23.   Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24.   Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25.   Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26.   Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27.   Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28.   Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29.   Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30.   Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani.
 

CIRI-CIRI BURUK WANITA & LELAKI

 
6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.
10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MESTI DIJAUHI.
1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya.
5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk, lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?